I had a loooonggggg day yesterday, meretail therapy, tapi bukan beli barang2 saya, tapi persiapan raya untuk bujang2 saya. Persiapan untuk saya, dah lama siap dah... he..he.. Teringat dulu2 masa baru dapat anak (baby Shad le), sangat kemarukkan baby. Bila raya persiapan dia didulukan. Tapi now nehi.. nehi.. apa2 hal, beli barang ibu dulu.. he..he...
Tapi kalau dah perempuan namanya, walaupun shopping barang orang lain pun sudah cukup terasa bahagia. Tapi semalam memang sangat penat. Since semalam Selangor cuti Nuzul Quran, so we thought of buying baju2 raya untuk our heroes. Plan dgn hubby nak drop our boys at our in laws place in Ampang, pastu kami berdua nak pergilah Sogo. Guess what.. setelah mengharungi perjalanan selama 40 minit dari USJ ke Ampang, elokkk dah nak sampai ke rumah MIL, tiba-tiba I teringat "eh.. tadi masak air dah tutup gas ke belum?"... You see, saya ni kalau masak air pakai cerek besar & masak atas dapur gas. Dan cerek saya itu tidak ada bunyi-bunyian menandakan air dah masak. Alamak... ni mesti nak kena marah ni. So dengan suara yang lemah gemalai, I asked him "awak ada tutup air tak tadi?".... Hubby said "takde... awak masak air ke?"... Alamak.... terus muka suamiku yang manis bertukar menjadi serious. Dia diam je.. Gua cuak beb.... Cuak membayangkan cerek yang berasap2 diatas dapur gas.. cuak jugak melihat muka orang sbeelah yang berkerut2... Dengan nada suara seperti tertelan sebiji London Almond yang besar, saya bersuara "Jom kita patah balik....". But we need to drop off our boys first.
Sampai je rumah in-laws, ibu mertuaku menyambut kami dengan girang sekali. Obviously dia tak perasan wajah kecemasan menantunya ini. Ingat nak drop aje budak berdua tu terus zaaaaasss balik ke USJ. tapi mak mertua I sangat excited mula mengeluarkan baju2 raya yang dah dibelinya untuk our boys. So, terpaksalah duduk sekejap belek2 baju & pura2 excited juga. pura2 sebab dalam kepala hanya terbayang cerek air yang berasap2. Dah kirai-kirai baju-baju tu semua lebih kurang, I terus signal hubby keluar balik.
So kami pun zassss semula ke USJ. Tapi timing masa tu mmg sangat tak bagus, pukul 1 tengahari. Jalan dah start nak jammed. Ku jeling hubby di sebelah, makin berkerut2 dahi dia. Oh... takutnya tengok muka dia..... Tapi dalam hati, dia tak membebel dah syukurrrr Alhamdulillah. So.. perjalanan took another 40 minutes. Sampai je ke parking our apartment, I zaassss berlari ke lif. Oh.. perjalananan lif dari tingkat 1 ke tingkat 6 terasa begitu lamaaa sekali. Sampai je rumah, tengok kat dapur...... Legaaaaaa....... rupanya mmg dah tutup gas pun. Aduhhh... rupanya perasaan was-was tu hanyalah gurau senda si setan nak menggundah-gulanakan hatiku ini. Eh.. wait a minute.... mana ada setan bulan puasa ni.... Ada lagi ke setan yang tertinggal tak berikat?
Dah terlanjur sampai rumah, we solat Zuhur first. pastu keluar balik, dengan niat asal nak ke Sogo. Pelik jugak hubby tiba2 cam happy je nak gi Sogo. Selalu dia memang malas nak pergi tempat sesak2 ni. Since my mother-in-law dah belikan baju & kemeja 3 pasang sorang for the boys, we thought, beli seluar barang dua pasang sorang cukuplah. Perjalanan ke KL took another 40 minutes. Sampai je ke area Sogo, terus jammed. Banyak gila kereta. Pastu banyak jalan kena tutup. Tak tahu nak parking kat mana. Punyalah banyak kereta.. ingat kuranglah sikit sebab semalam kan KL kerja, orang Selangor je cuti. Tapi sangkaan kami meleset. Disebabkan boring dok dalam kereta lama sangat & rasa cam takde parking, I told hubby "Kita gi Jusco ajelah".... So kami pun detourlah ke Jusco yang dekat dengan rumah in-laws iaitu Jusco Maluri.
Sampai Jusco kami pun bershoppinglah dengan amannya. Takde orang sangat pun. Dapatlah dua pasang jeans sorang untuk our boys. Satu faded jeans, satu lagi black jeans for each of them. Tapi bila pilih seluar untuk Shad, agak was-was. One thing about Shad, dia ni kurusss tapi tinggi. So cam susah nak agak seluar untuk dia. Tapi belilah jugak kan. Dah cakap dengan amoy promoter tu, kalau salah saiz boleh tukar tak? Amoy kata boleh. Dah dapat seluar anak2, kami pun sambunglah shopping benda2 lain.
balik rumah in-laws, suh budak2 try seluar diorang. Rizq punya ok, tapi seluar Shad ngam-ngam je panjang dia. Alamak.... kena tukar saiz pulak.... After buka puasa, me and my SILs pergi balik Jusco. Dapat tukarkan seluar untuk Shad, tapi yang faded jeans tu takde dah.. kena amik yang tak faded. Tak kisah lah.. asal boleh... Cuma kurang rugged lah sikit kan.
Begitulah kisah semalam yang memenatkan. We came home around 11pm. I teringat hari ni ada appointment pulak dengan my old friend (cum my Unit trust & takaful agent/advisor and also supplier choc chips) at 8.15 am. So I told my kids, they need to go to nursery very early in the morning tomorrow. Shad tgh cuti sebab kelas dia digunakan untuk UPSR. So dia pun kenalah gi nursery.
Actually I had a looong to do list today, nak jumpa kawan tu 8.15am, pastu my friend yang buat kek kurma pun nak hantar all the cakes hari ni for me and my colleagues and friends, so I need to do the distribution including menghantar kek to a very dear friend at taman Desa. On top of kesibukan menguruskan kuih-muih, nak tolong carikkan buku kat library untuk my buddy D. D is actually my school friend since form 2. Right after SPM, dia join modelling and once crowned as Miss Johor. Pastu dia join MAS as stewardess. Pagi2 semalam dia called me and SOS mintak tolong. Rupanya D baru je register buat degree in Public Admin kat UUM. I was like "what?.. kau sambung belajar? but why suddenly?".. I have always thought she enjoys being in such glamourous job which requires her to look cantik all the time, something that she had always enjoyed since schooling days. Rupanya boyfriend dia suh sambung study. Arghhh...... things people do for love. But baguslah boyfriend macam ni kan, berwawasan 2020. D told me that she's in desperate situation. She has an assignment to submit on Friday, but the thing is dia takde buku langsung nak buat assignment tu. She told me that she doesn't know how to search books in the library - "Aku tak retilah nak carik buku dalam OPAC tu. kau kena tolong aku. Aku tak tahu.. yang aku tahu posing cantik2 depan pintu library"... Kih...kih.. that was a funny thing to say I thought. So I agreed to help her and asked her to browse my Uni library books collection online & let me know the books that she want. I can get them for her. So those are among the things that I should do today.
But........ today when I woke up for sahur, I realized that Rizq demam pulak. Checked temperature dia, 38.4 degrees. Alamak... hancur segala plan hari ni. Rizq demam, takkan nak hantar dia gi nursery jugak. So I have to stay home today. So, terpaksa adjust balik segala plan hari ni. Apakan daya.... kita hanya merancang, tapi Tuhan menentukan. Kuih muih tu takpe.. all taken care of. Cuma I sangat terkilan tak dapat tolong D. Mintak2 Rizq ok besok, so sempatlah nak carik buku2 tu untuk dia.

huh really longgg day... baca pun dah semput, part lupa tutup api bila masak huhu sama la kita ;p
ReplyDelete