Itulah nasib blog ini.
Kadang2 ada perkara yang nak dinukilkan, tetapi masa membatasinya. Oleh itu, tidak ternukillah ia.
Kadangkala... masa ada, idea juga ada. Yang tiada adalah berahi untuk menulis. Maka tak tertulislah ia.
Ada ketikanya... idea ada, peristiwa ada, masa ada, tetapi ada jua kegusaran. Tidakkah nukilan itu akan menyentuh aktor yang terlibat (mahupun yang tak terlibat) dalam peristiwa? Sekali lagi, tak ternukillah ia.
Jadi, apa opsyen yang ada?
Hentikan saja medium yang ada. Tidak guna jika ada medium, tapi tiada isinya. Ibarat hidup segan, mati belum bersedia.
Opsyen kedua... mungkin medium yang ada perlu dijadikan ruang privasi pemilik supaya hanya penulis yang bisa membaca. Justeru, tidak akan timbulnya soal "ada yang mungkin terasa". Mungkin lebih baik blog dikembalikan menjadi diari, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi teman setia si penulis?
Adakala.. teknologi tidak menyenangkan, sebaliknya meresahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment