Thursday, October 28, 2010

Itu pun nak kena ajar ke?

Blood dah go upstairs. Anak2 murid saya.. tak tahulah datang dari ceruk hulu mana... tak reti nak beradab dan bertatasusila. Salah satunya, tak reti adab masuk bilik orang. Ikut suka depa aje main masuk. Tak reti nak ketuk pintu dulu. Geram betul. So hari ini, satu notis telah ditampal di pintu bilik tentang cara dan kaedah untuk berurusan dengan saya di bilik saya. Notisnya seperti yang tertulis dgn font biru dibawah:


Perhatian kepada Pelajar:

ADAB KETIKA INGIN BERURUSAN DI BILIK ATAU RUMAH ORANG

1. Ketuk pintu
2. Bagi salam atau “Hello”
3. Tunggu sehingga mendapat jawapan “Masuk” atau “Ya” (menandakan tuan bilik atau tuan rumah sedia menerima “tetamu”)
4. Setelah ketiga-tiga langkah diatas diikuti, barulah pusing tombol pintu untuk membuka pintu.

PERINGATAN:
Kegagalan melakukan langkah-langkah diatas akan menyebabkan kehadiran anda tidak dilayan sama sekali.

Nota kaki:
Itu pun nak kena ajar ke?


-------------------------
Ya memang betul.... Puan Nik memang cengih bak kata orang Utara...

Sebenarnya bukan setakat masalah takde adab nak masuk bilik orang, dalam kelas pun sama. Ge-geh... bak kata orang Kelantan. Masuk kelas macam masuk pasar. Budak2 final year ni (3rd year). Tahun depan dah nak keluar dari menara gading dan bercampur gaul dengan masyarakat madani. But like what Dr Azmi Sharom from Law Faculty once said, what we have in here is already the product. Product hasil daripada bertahun-tahun dididik oleh keluarga dan sekolah. Dah umur 22 tahun, there's nothing much we can do to melentur them. Saya dah tahap putus asa dgn pelajar2 tahun 3.

But..... our 2nd year students are different. They are ok... at least so far. I enjoy having them in my class. They're attentive, punctual and active in class... Perangai pun ok je & boleh diterima. I don't have any problem with our 2nd year students. Setakat ini lah... Tak tahulah kot besok dah masuk final year, dah konon2 matured nak besar kepala pulak. We'll see.........

No comments:

Post a Comment