Saudara Bidai,
TULISAN Saudara Razim yang mendakwa seorang yang berpangkat tinggi di dalam perkidmatan kerajaan amat melucukan.
Contoh terbaik orang yang cuba menegakkan benang basah dan tak cukup membaca. Tidak hairanlah kerajaan amat risau dengan masyarakat kita yang tidak menyemarakkan budaya membaca.
Apa yang lebih kelakar, beliau hanya membaca apa yang beliau mahu dengar dan menutup telinga dan pandangan daripada fakta yang telah dibuktikan secara saintifik, dan sudah diterbitkan di jurnal-jurnal terkemuka dunia.
Janganlah rasa ilmu itu cukup dengan hanya membaca majalah-majalah ringan. Tak perlulah Bidai membuang masa yang berharga menjelaskan kebenaran kepada orang begini. Lebih baik Bidai teruskan usaha dalam memperbaiki persekitaran kita.
Untuk pengetahuan Bidai, elemen toksik bukan sahaja berada di alam sekitar, malah ada manusia yang menjadi bahan toksik kepada orang lain di atas sikap mereka yang bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malah merosakkan orang lain.
Manusia toksik lebih bahaya daripada bahan toksik. Contoh manusia toksik yang terbaik ialah Saudara Razim.
Kalau beliau berbangga dengan tidak membuang puntung rokok merata-rata, saya lebih berbangga dengan anak sulung perempuan saya yang ketika berusia dua tahun, mengutip sampah yang dibuang orang lain di atas lantai di sebuah pasar dan mencari tong sampah untuk dibuangnya.
Hah! Itu baru bangga yang berasas.
Kepada perokok yang terperangkap di dalam ketagihan merokok, giatkan usaha anda untuk berhenti dan dapatkanlah khidmat profesional tentang berhenti merokok. Segelintir klinik kerajaan ada menyediakan klinik berhenti merokok.
Saudara Razim, mungkin anda bertuah kerana anda mungkin sudah mempunyai penjaga yang baik apabila usia anda di ambang senja. Mungkin anda mempunyai isteri setia yang muda yang sanggup menyalurkan makanan ke tiub perut anda (stomach peg) jika mendapat kanser esophageal atau menyorong tong oksigen dan kerusi roda anda ketika bersiar-siar di taman sekiranya anda menghidap kegagalan paru-paru akibat emphysema.
Atau mencuci najis hitam anda sekiranya menghidap ulser peptic berdarah atau menggosokkan minyak angin ke perut anda sekiranya anda menghidap dissecting abdominal aortic aneurysm.Kalau setakat barah paru-paru tu, anak sulung perempuan saya yang kini berumur 9 tahun pun dah tahu apa puncanya. Sekurang-kurangnya, isteri anda cukup setia untuk mencumbui anda walaupun bau mulut anda memualkan.Janganlah berbangga dengan pangkat anda di dalam kerajaan. Ia tiada kaitan langsung dengan tahap kecerdikan atau kebodohan anda.
Demi kebaikan generasi akan datang termasuk anak-anak anda, teruskanlah tabiat merokok anda, tetapi berhentilah mempengaruhi orang di sekeliling anda dengan ilusi anda.
Ikhlas,
Dr. Ajin
Pegawai Perubatan Sarjana,Universiti Malaya
yang hanya berada di Gred U41
Saudara Bidai
Saya tertarik dengan tulisan anda di UM hari ini (Sabtu 14.2.2009) mengenai perokok di Jabatan Kerajaan di Putrajaya.
Tulisan anda keras dan menarik kerana anda masih kurang faham dengan perangai rakyat Malaysia yang tak berdisplin. Satu Malaysia sudah tahu tentang disiplin rakyat Malaysia yang sangat memualkan mengenai kebersihan. Rata-rata rakyat Malaysia sangat suka buang sampah di merata tempat tidak kira sama ada dia perokok atau sebaliknya.
Jangan salahkan perokok. Saya adalah perokok lebih daripada 33 tahun, tetapi disiplin saya sangat tinggi kerana saya tidak buang sampah merata-rata macam manusia lain di Malaysia. Habis hisap rokok, kalau tak ada tong sampah, saya akan pegang hingga saya jumpa tong sampah.
Untuk pengetahuan anda saya adalah pegawai kanan kerajaan bergred 52 dan kalau nak bandingkan pangkat saya, senang kira lebih tinggi sedikit daripada Ketua Polis Daerah di bandar-bandar besar di Malaysia. Dan saya selalu juga keluar negara dan dapat bandingkan perangai rakyat Eropah dengan rakyat Malaysia. Masyarakat Eropah, mereka sangat menitikberatkan fasal disiplin dan bukan macam rakyat Malaysia yang ambil mudah fasal membuang sampah di merata tempat.
Saya rasa anda pun tahu kan , bagaimana perangai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ni sebenarnya sangat bersih jika di rumah tetapi jika diluar sangat pengotor. anda tak tahu ke? Atau baru tahu hari ini?
Di Putrajaya tu bersih sebab sentiasa ada pekerja pencuci setiap masa.Mengenai penguatkuasa di Malaysia, kerja siapa sebenarnya jika nampak orang buang sampah?
Tidak ada spesifik kerja siapa? Adakah polis boleh saman orang buang sampah? Setahu saya yang boleh saman ialah penguatkuasa Majlis Perbandaran, Daerah atau Bandar Raya atau dari kementerian kesihatan. Kalau anda sebagai penguatkuasa Majlis Daerah, dan anda berseorangan, beranikah anda saman mereka yang membuang sampah? Apatah lagi jika mereka itu dua hingga empat orang duduk di meja minum. Silap haribulan, anda akan dibelasah? Kerana apa? Adakah membuang sampah itu kesalahan besar?
Kecualilah anda membuat operasi beramai-ramai, rakyat Malaysia tak berani nak belasah kerana penguatkuasa ramai. Untuk makluman anda rakyat Malaysia hanya takut pada Polis sahaja. Itulah masyarakat Malaysia. Berapa ramai penguatkuasa di Malaysia? Adakah mencukupi untuk membanteras jenayah itu?
Inilah silapnya Malaysia kerana mereka sangat degil mengenai disiplin. Adik saya bekerja sebagai penguatkuasa di DBKL dan beliau ada menceritakan mengenai kes-kes ngeri mengenai saman, sangat bahaya, kalau tegas sangat, nahas kita. Boleh tegas bila operasi beramai-ramai, orang ramai ada takut sikit. Kalau anda seorang, fikirlah dulu sebelum bertindak. Inilah hakikat sebenarnya di Malaysia.
Mengenai perokok pula, nampaknya anda terpengaruh dengan anti perokok. Adakah menghisap rokok itu sangat bahaya. Mana lebih bahaya hisap rokok dengan kaki botol, dadah, berlumba haram dan gejala lain yang tidak baik. Saya sudah hisap rokok lebih daripada 33 tahun, umur saya 54 tahun, saya masih sihat, badan saya tegap tidak buncit, muka saya awet muda jika dibandingkandengan mereka yang sebaya dengan saya, yang nampak lesu dan macam orang sakit. Bapa saya, bapa saudara saya yang rata-rata umur mereka melebihi 80 tahun, masih sihat, walau pun mereka perokok.
Dalam satu majlis dialog dengan seorang doktor yang pernah memberi ceramah bahaya rokok di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, saya telah menyoal beberapa soalan tetapi tiada kesudahan. Doktor tak boleh jawab kerana tiada jawapan yang tepat mengenai bahaya merokok.
Anda jangan terpengaruh dengan media. Asap rokok boleh bahayakan orang lain, jika perokok pun tak ada apa-apa, inikan pula yang kena asap rokok, fikirkanlah secara logik.
Dalam satu rencana di TV beberapa tahun lalu ada ditunjukkan ramai yang kena sakit barah di Eropah kerana merokok. Tapi yang sedihnya mengapa ditunjukkan pesakitnya berumur lebih 80 tahun, tengkok pun dah berlapis-lapis, mengapa tidak ditunjukkan mereka yang berumur 30-50 tahun.
Kalau umur 80 tahun dan lebih, memang patut pun mereka mati, dah tua bangka.
Kalau tak hisap rokok pun, umur 80 tahun dan lebih, memang ramai yang dah mati.Berbalik kepada majlis dialog dengan doktor tadi, saya ada bertanya soalan kepada doktor itu, jika seorang melanggani pelacur dan pelacur itu ada siflis, seorang pelanggan itu akan mengidap siflis (kalau tak pakai kondom) dalam masa satu minggu sahaja dan tanda-tandanya ternyata jelas, kecingnya menanah, sakit di kemaluan dan sebagainya.
Soalan saya, saya ni perokok dah lebih daripada 30 tahun, bila agaknya saya akan dapat barah paru-paru atau lain penyakit? Ternganga doktor itu, jawapan yang diberi ialah ia bergantung kepada antibodi seseorang, biasanya memakan masa yang agak lama.
Soalan kedua saya, sebab tadi doktor ada cakap merokok ini sangat bahaya, kalau sangat bahaya .... besar maknanya. Kalau sangat bahaya mesti sekejap saja dah kena penyakit tapi kalau memakan masa hingga 40-50 tahun, itu tak lah bahaya sangat.
Orang sekarang pun, umur baru 30, 40 tahun dah kena darah tinggi, kencing manis dan sebagainya tapi tak pernah dengar kena barah disebabkan merokok.
Tunjukanlah di TV atau di akhbar, mereka yang muda kena barah paru-paru, temuramah mereka, baru ada ummmmph, jelas dan fakta tepat. Ini cakap saja tanpa fakta, main kelentong dengan fakta merapu. Tapi awas jangan tunjukkan mereka yang dah terlalu tua, kerana orang yang terlalu tua memang patut pun mati. Oleh yang demikian janganlah buat-buat bodoh, macam tak tahu, fikirkanlah, dan jangan terpengaruh dengan fakta tak jelas. Boleh tak anda temuramah pesakit yang saya maksudkan, lepas tu saya akan ziarah mereka di hospital, ok? Buatlah kerja sikit cari bukti di hospital di Malaysia dan lepas tu, masukkan ke akhbar atau TV, baru jelas.
Daripada: Anti Propaganda
Putrajaya

Nik...wooooooooooooooo...hebat nyer tulisan ko...kalah wartawan harian metro...hmmmmm...ko mmg ade bakat menulis...btw ko dh sihat ke...gaya nyer mcm dh ok..syukur alhamdulillah...
ReplyDeleteHi Meli. I think u baca my entry tu masa I was still editing it sebab your comment tu masuk masa tgh still editing. Terpublish sebelum waktunya.
ReplyDeleteI think I have got my 100% self back. Thanks for asking. If only my idea can datang mencurah2 macam ni masa tulis tesis.
Hahahahaha...
ReplyDeleteI know that was not supposed to be a joke, tapi surat pegawai 52 tu kelakar tahap bangang!
ada rupanya org mcm tu.
Sis Ubi.. mmg lawak gilakan? Yang tak tahan.. siap berlagak tu.Nntah2 mamat tu berangan je dia gred 52. Cam psycho je bunyi surat dia tu.
ReplyDelete