Ustaz Hasrizal menuliskan dalam blognya tentang kewujudan mereka yang tidak suka pada tulisan beliau. Saya tak tahu kenapa mereka tak suka.. tetapi saya suka. Ustaz menganggap mungkin ramai tidak suka sebab beliau seolah-olah cuba mempamerkan kelurga beliau yang sempurna. Saya tidak rasa demikian. Berikut adalah komen yang saya coretkan dalam blog Ustaz.
................................
Saya dah baca buku “Aku terima nikahnya” dan rajin follow entri ustaz dalam blog ini. Saya tidak merasakan Ustaz cuba mempotretkan keluarga Ustaz sebagai keluarga yang sempurna. Lihat saja entri bertajuk “Lawatan Psikiatri”. Ia menggambarkan keadaan atau masalah yang sama dihadapi oleh kebanyakan keluarga iaitu anak2 tidak mendapat perhatian yang cukup menyebabkan mereka bertindak “nakal” untuk mendapatkan perhatian. Ia merupakan satu pembuka mata pada saya. Itu sedikit sebanyak menggambarkan sedikit kecelaruan dalam keluarga Ustaz yang sememangnya satu perkara yang normal dalam sesebuah keluarga. Ustaz tidak segan untuk membuka kecelaruan pada keluarga ustaz demi untuk mendidik mereka di luar sana. Ustaz menggambarkan sifat “tidak mengapa jika tidak sempurna, yang penting terus berusaha ke arah kesempurnaan”.
Seperkara lagi yang membuat saya tertarik pada tulisan2 Ustaz adalah keredhaan Ustaz sendiri yang membenarkan isteri bekerja. Kerja sebagai Doktor pula tu yang tidak tentu masa. Sesetengah golongan UStaz dan pendakwah hanya tahu menghukum, kewajipan isteri adalah pada keluarga semata-mata, seolah-olah menghukum wanita berkeluarga yang berkerjaya. Sebagai seorang isteri dan ibu berkerjaya, saya rasa pendekatan ustaz yang sering mempamerkan sokongan kepada isteri yang bekerja adalah sesuatu yang "menyegarkan” dan memotivasikan kami golongan isteri berkerjaya. Mungkin Ustaz boleh menuliskan satu entri untuk isu “wanita berkerjaya” ini.
Semoga Allah memberkati usaha Ustaz dan memberikan kekuatan kepada Ustaz untuk terus berdakwah. Pada mereka yang tidak suka, tidak mengapa. Tak luak pun kalau orang tak suka kita, betul tak?
.....................................
Betul kan? Tak luak pun Kalau orang tak suka kita pun....

dear que'.. i hv read the ustaz's blog and really tersentak gak biler ada org yg komen TAK SUKA tp tak menyatakan dgn jelas kenapa TAK SUKA tersebut.. erm, mmg mcm2 peel org ada dlm dunia nie.. tp as what u said, tk luak pun kalau org tak suka kita pun... i agree sgt2! sorang tk suka, tp beribu2 lagi org yg suka.. yg penting, Ustaz telah byk mengajar ppl like me ttg bgmana manusia2 normal survive dlm fmly life msg2.. i hv read the buku 'Aku Terima Nikahnya' and really luv it.. and i follow his blog since u introduce the blog to me.. thks again! : )
ReplyDeleteand I hv introduce the blog to my relatives gak.. n I nak minta my hubby to follow his blog too.. maybe as me, hope that dia akan dpt info berguna dlm membina keluarga yg balance.. yg normal.. insyaAllah...
and I'm looking fwd to read his 2nd book.. yet to find... mcm his 1st book, susah gak nk jumpa mula2 tuh.. huhu... nyway, the point is, kalau ada org tuh tk suka, tkpela.. janji KITA SUKA kan... hehehe... : D
... kalau tak suka, tak pa! :)
ReplyDeleteZal- I bought that book for my hubby last year as an anniversary gift. Tapi rasanya dia tak baca kot.. he.hee... you knowlah guys kan....
ReplyDeletePrincess- yeah... that's the right attitude. Tak suka takpe... tak heran...