Wednesday, April 22, 2009

Al-Fatihah

Insaflah wahai Zul Azman Bin Siti, bahawasanya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Itulah bacaan talkin yang saya saksikan hari ini di sebuah tanah perkuburan Islam di Slim Village, Perak. Arwah Zul Azman Zakaria merupakan rakan setugas saya. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada hari Selasa 21 April 2009, kira-kira jam 4.30 petang. Arwah meninggal dunia dalam kereta milik seorang rakan ketika dalam perjalanan menuju ke PPUM setelah arwah mengadu sakit dada. Hasil dari post-mortem mengesahkan arwah telah mengalami kegagalan jantung (heart failure). Arwah meninggal dunia pada usia yang masih muda iaitu 37 tahun. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 anak kecil berusia 2 tahun sehingga 10 tahun.

Masih terngiang-ngiang suara arwah yang sentiasa ceria. Masih terbayang-bayang kelibatnya. Masih ternampak-nampak kereta Iswara hijaunya di favourite parking spotnya. Tak sempat arwah merasa MPV Exora yang baru dibooking beberapa hari yang lepas. "Untuk anak-anak", katanya.
Sesungguhnya kami rakan-rakan setugas amat amat bersedih atas pemergian arwah yang langsung tidak diduga. Bertambah sedih dan hancur luluh rasa hati ini melihat wajah balu yang dirundung kesedihan dan tangisan si kecil di tanah perkuburan sepanjang waktu pengebumian dijalankan.
Namun hati sedikit terubat melihat wajah arwah yang kelihatan begitu tenang ketika disemadikan. Arwah semasa hidupnya jarang sekali berceritakan tentang keburukan orang. Arwah sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya. Masih teringat suatu hari arwah menunjukkan tangannya yang sedikit melecur terkena minyak panas. Bila ditanya, arwah kata terkena minyak panas masa goreng ikan. seorang rakan bertanya, "You ke yang masak kat rumah?". Arwah menjelaskan, dia sangat kesian melihat isterinya yang sibuk menguruskan anak-anak, sebab tu dia tak kisah buat kerja-kerja yang selalu dibebankan kepada seorang isteri. Pernah jugak dia cakap masa kami dan rakan-rakan lain makan tengahari bersama-sama, arwah kata kalau boleh dia nak bagi isteri dia RM10 000 sebulan sebagai penghargaan pada isterinya yang menguruskan anak-anak. "Kesian I tengok dia.. penat..", kata arwah.

Beberapa hari sebelum kematiannya, arwah menceritakan betapa seronoknya dia dapat menunggang motor bersama isterinya. Menurut arwah, wife dia peluk kuat-kuat, dia terasa seronok sangat.. seperti tengah bercinta. Kata-kata terakhir arwah sejurus sebelum nazak, "Aku kalau boleh tak nak mati dulu. Anak-anak aku kecik lagi". Bila dikenangkan, entah tak tahulah pada siapa sebenarnya kata-kata itu diucapkan. Adakah pada dua orang rakan yang ada bersama dalam kereta ketika itu, atau pada malaikat maut yang sedang menunggu untuk menjalankan tugasnya, atau pada syaitan yang cuba mengelirukannya. Wallahu'alam.

Ya Allah... cucurilah rahmatmu dan belas ihsan mu kepada arwah Zul Azman. Berilah kekuatan kepada balu dan anak-anaknya yang ditinggalkan. Semoga anak-anak yatim yang ditinggalkan arwah akan membesar menjadi muslimin dan muslimah yang baik. Hanya Kau yang Maha Mengetahui segala hikmah di sebalik segala musibah yang berlaku.

Al-fatihah.

Air mata ini tertumpah lagi....

9 comments:

  1. Nik,
    Aku terkejut baca blog ko ni...mmg tk sangka...aku kenal dia...kami penah satu kumpulan mase famili day RPPP mase zaman student dulu...

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. Neasuci,

    I heard the news last nite, a fren called me. Tadi pun my coursemate ada mention masa kitorang dok YM.

    Arwah was my senior masa kat UM dulu. I tak perasan dia yang mana satu laa...

    U attended his funeral ka??

    Sedih la... especially bila teringat kat anak2 tu ... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    At-fatihah.

    ReplyDelete
  3. I tak pergi office hari dia meninggal. Got the news at 6.00 pm. Malam tu jugak I dapat tengok arwah kat bilik jenazah PPUM. Sedih tengok, masih pakai baju kerja. Pagi tadi kami semua dari RPPP pergi tengok pengebumian arwah. We're still shocked and very sad. just can't get his face out of my head. Al Fatihah. Kita doakan semoga dia ditempatkan bersama dengan orang2 yang dikasihi Allah.

    Princess... kalau tak silap I, arwah 2nd batch of RPPP. I ada gambar dia, tapi rasa sedih sangat tak sanggup nak letak. So I google nama dia sebab nak carik gambar dia nak tunjuk you. terkejut rupanya dia ada blog. Check this out http://zulazmanzakaria.blogspot.com/. Rasanya blog ni dia create untuk rujukan students.

    The following links pulak entry tentang arwah yang ditulis oleh student I guess. Pun I baru terjumpa.

    http://reformismuda.blogspot.com/

    http://matjang.blogspot.com/2009/04/belasungkawa.html

    ReplyDelete
  4. Oh by the way, he passed away in Wan Rafyah's car. Meli & Princess kenal kan? Wan & another tutor yang bawak dia pergi ke clinic. Sampai clinic Dr suruh rush ke hospital. Tapi ajal dia dah tiba sebelum sampai hospital. Menurut cerita Wan, dia rasa masa kat clinic tu pun arwah dah takde.

    ReplyDelete
  5. Neasuci,

    Arwah was 2nd batch RPPP, Meli was 1st batch, I pulak 3rd batch.

    yup! I've met Wan Rafyah dulu... Apa lah perasaan Wan masa tu kan???

    .. bila tengok blog Arwah, tetiba rasa sayu la pulak...

    Semoga Allah ampuni dosa2 Arwah & letakkan rohnya bersama roh2 orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  6. Our deepest sympathy to keluarga arwah.
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, dan semoga Allah cekalkan hati isteri arwah dan anak2nya...

    ReplyDelete
  7. my dear.. menitik air mata I reading ur entry here.. sedihnya mengenangkan insan2 yg ditinggalkan.. semoga Allah tabahkan hati isteri arwah dlm mengadapi situasi spt ini.. dan dlm meneruskan hidup bersama anak2 tercinta..
    dan moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dlm golongan org2 yg beriman... ameenn..
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Princess... I salute Wan for being so strong. Kalau I, dah terberenti kereta tengah jalan agaknya.

    Milin & Zal... thanks for the doa. I pun yang sedih sangat pasla ingat kat family dia lah. His wife not working, but nasib baik arwah ada insurance. Tapi mana nak sama kan bila husband dah takde. I can never imagine being in her shoes.

    ReplyDelete
  9. Innalillah... semoga arwah dirahmati di sana.

    ReplyDelete